Pernah tak uolls rasa hari2 tak semangat sebab pagi2 tengok muka dalam cermin macam mayat ?
 
Haa, jangan angguk saje kat situ,
follow je step2 kat bawah ni inshaAllah muka macam Dato’ Sri Siti Nurhaliza hari2.. hehe
 

Campurkan pisang yang telah dilenyek hancur bersama madu kemudian sapukan campuran bersama madu tadi pada wajah uolls ya..
 
 
Lepastu, uolls biarkan selama 15 minit.Jangan sampai semalaman pula tau!
Kemudian, uolls bilas dengan air bersih ya
 

Dengan mengamalkan mencuci dengan menggunakan susu atau masker yang mempunyai kandungi susu dengan penggunaan yang kerap sebenarnya dapat menghilangkan kulit kusam dalam masa yang singkat!
 
 
So, rajin rajin lahh mencuci wajah dengan susu tau.. Barulah nampak GLOWING gituuuuuu…!

Madu pun uolls boleh buat masker juga dengan campurkan susu! Ambil dalam satu senduk madu dan satu senduk susu dan ratakan sampai sebati. Kemudian, uolls sapukan dengan menggunakan kuantiti yang memandai ke seluruh wajah ye.
 
 
Bila rasa macam dah 15 minit dan kulit pun dah rasa macam tegang gitu dah boleh bilas.. senang ke senang sangat? hihi

ingat lemon ni guna untuk detoks je ke? Heee, sambil sambil nak kurus tuu boleh jaga kulit wajah sekali.. Barulah cantik menarik tertarik kau memang debom! Hehe..
 
Uolls perahkan lemon dalam bekas lepastu celup kapas ke dalam perahan lemon tadi.
 
 
Selepas tu, uolls terus sapu je kat kulit wajah uolls sebelum tidur tau! dan jangan sampai tertidur pulak.. mereyam kulit uolls nanti!

Sambil sambil tengah makan yogurt tu, uolls boleh guna untuk hilangkan kulit kusam tau!
 
Senang je, uolls ambil yogurt yang asli..yang ada mixed strawberi lah anggur lah.. so, pastikan yang asli ya!
 
 
Lepastu uolls campur dengan madu lebihan yang uolls buat masker dengan susu tadi.. Kemudian boleh laa sapu pada kulit wajah uolls selama 15 minit.. Setelah selesai bilas dengan air bersih ya.
 
Haa acane? Rasa muda 5 tahun ke idok tu lepas baca? Hehe, jom malam ni kita ! 

Memilih produk skincare yang paling sesuai dengan kulit sangat penting terutamanya dalam pemilihan produk kosmetik! Yelaa, bayangkan kalau kita tersilap pilih..? Terutamanya dalam pemilihan bedak, foundation mahupun krim wajah! Rasa rasa nampak kelabu asap tak bila kita salah pilih foundation?? Ada pulak tu bila kita pakai krim sekian sekian terus makin berminyak pulak muka kita ni! Ada pulak tu, macam tak pakai pakai apa pun sampaikan parut parut jerawat jeragat kita semua still tak dapat nak cover.. Lepastu mula lah nak salahkan produk tu sebabnya tak kena dengan muka kita lah apa lah walhal salah kita sendiri sebab main hentam je..

🧐

So, harini admin nak share sikit tentang BB Cream, CC Cream dan DD Cream dekat uolls! Admin yakin uolls semua dah familiar dengan perkataan BB, CC dengan DD ni..Mostly jenis jenis krim ni kita boleh jumpa dekat drugstore kan?? Tapi seberapa jauhkah knowledge uolls tentang jenis jenis krim ni??

😉

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu apa ke bendanya BB, CC dengan DD Cream sebenarnya ni.. Tahu pakai je kan?? Asalkan ada promote dekat tv, kasi on jela! Nampak macam ok je model tu pakai kan kan kan..?? Haa, so jom kita kaji selidik sikit apa kebenda lah BB, CC dan DD Cream ni ya! 


#1 BB CREAM
BB Cream adalah singkatan dari Blemish Balm atau Beauty Balm. Lazimnya ia lebih ringan daripada foundation dan moisturizer yang membuatkan kulit jadi lebih cerah dan bersih. Dengan bantuan SPF dan antioksidan, BB Cream sekaligus elok di pakai pada waktu siang ya! Bila kita pakai BB Cream, so dah tak perlu campur lagi dengan pelembap, kerana di dalamnya sudah terkandungnya moisturizer! Ia sebenarnya boleh menampakkan hasil kulit yang lebih segar, dan membuat tekstur kulit kita kelihatan lebih lembut tau.. Oleh kerana tekstur BB Cream tidak seberat foundation, jadi ia tidak terlalu berminyak dan tidak menyebabkan masalah jerawat pada kulit! Secara ringkasnya, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan boleh dijadikan sebagai makeup base atau alas mekap setiap hari!

#2 CC CREAM
CC Cream atau dikenali sebagai Color Corrector yang mana tekstur CC Cream lebih ringan daripada BB Cream! Malah, CC Cream lebih coverage berbanding BB Cream yang mana ia lebih menfokuskan kepada pembetulan warna kulit. Jadi ia sesuai untuk kulit wajah uolls yang agak kemerahan atau warna kulit yang terlalu pucat. Selain itu, jika uolls mengalami masalah kulit wajah yang berjerawat, kulit wajah yang kusam, dan yang mengalami bintik bintik hitam, uolls boleh cuba pakai CC Cream yang mana ia boleh coverwajah uolls dengan jayanya! Secara keseluruhan, CC Cream ni sesuai untuk uolls yang mengalami kulit wajah yang berminyak, normal serta juga kombinasi okay 
 

#3 DD CREAM
DD pula dikenali sebagai Daily DefenseDouble Defense atau Dynamic Do-All yang mana ia adalah gabungan BB dan CC Cream. Wow, best kan?? Dan teksturnya lebih ringan berbanding BB dan CC Cream walaupun ia adalah gabungan kedua duanya! Dah, jangan nak berkerut kerut sangat dahi tu! Ingat admin tak nampak ke?? Hehe.. So, kita teruskan lagi! Secara amnya, DD Cream berfungsi untuk memberi perlindungan kepada kulit kita tau! Bukan itu sahaja DD Cream juga boleh melindungi kelembapan kulit dan meratakan tona kulit wajah kita lebih cerahdan sekata.. Malah, DD Cream juga mengandungi bahan anti penuaan dan lebih menfokuskan kepada ketahanan kulit wajah kita ya..Teksturnya berkrim yang hampir menyerupai BB Cream yang mana ia sangat baik untuk melembapkan kulit uolls.
Kalau uolls tercari cari produk yang dah lengkap sekali foundation + concealer + powder boleh cuba Glowing DD Moist Cake ya! Yang mana ia sesuai untuk jenis kulit tau! Walaupun uolls jenis kulit yang berpeluh dan berminyak ia tidak akan menampakkan mekap uolls bercapuk okay.. Makin berpeluh, makin glowing uolls!  Best kan? Dah takde alasan lagi kalau uolls tak sempat nak bersiap ya! 
Jadi, admin harap dengan sedikit perkongsian pada kali ini dapat meleraikan segala persoalan dibenak uolls semua.. Kesimpulan, sebelum uolls decide nak beli atau pakai apa jua produk kosmestik mahupun produk penjagaan wajah, makes sure kenalpasti telebih dahulu jenis kulit wajah uolls dan apa yang sebenarnya kulit uolls perlukan! Cari produk yang sesuai dan ngam untuk kulit uolls ye.. Jika uolls ada sebarang pertanyaan atau kemusyiklan boleh je terus comment dekat ruangan bawah ni ya!

3 CARA CEPAT UNTUK TINGKATKAN SALES ANDA TANPA KELUARKAN KOS


Anda ingin tingkatkan sales tapi ada bajet yang sangat terhad dan ciput?
Dah mati kutu nak guna platform apa lagi untuk jadikan FREE MARKETING yang mana tidak memerlukan sebarang kos pun!
Nah, kali ni admin kongsikan kepada anda semua 3 CARA CEPAT UNTUK TINGKATKAN SALES ANDA TANPA KELUARKAN KOS!

#1 FOLLOW UP
Haa, apa salahnya anda  follow up semula semua prospek dan customer anda melalui sama ada di Facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram, kawan-kawan tempat kerja mahupun jiran sebelah rumah!
Macamana nak follow up? Senang sahaja, just check semula semua inbox social media anda dan boleh alang alang terus inform promosi terkini mengenai produk/servis anda.
Tapi!! Pastikan follow up dengan lebih kepada sesi sharing bukan direct menjual okay?
 

#2 BUAT WHATSAPP BROADCAST
Haa sudah, apa pulak WhatsApp Broadcast ni kan? Apps baru ke apa ni.. Jangan nak pening pening kepala sangat ya.. Sebenarnya WhatsApp Broadcast ni antara feature yang dah ada dalam WhatsApp anda tau! So, boleh start selongkar dimanakah feature WhatsApp Broadcast ya..
Apa yang bestnya feature ni adalah anda boleh blast atau senang kata kita WhatsApp yang sama sekaligus kepada semua senarai contact yang kita dah grouping dalam WhatsApp Broadcast..
Pastikan anda save semua no customer dan prospek ya baru lah boleh buat WhatsApp Broadcast.. Antara bahan yang anda boleh broadcast adalah dengan memberi ucap salam, sharing testimoni, bagi tips dan promosi terkini ya!
Haa lagi satu! Jangan tunggu hari gaji baru nak broadcast ya.. Sebaiknya anda boleh buat 3 hari sebelum tarikh gaji barulah efektif okay..

#3 UP SELL & CROSS SELL
Dah alang alang customer beli bedak, apa kata kita pancing dengan upsell kepada lipstick? Kalau customer tu pulak nak beli bedak dan lipstick, boleh cross sell dengan Collagen Soap.. Best kan?
Haa, masa nak up sell dan cross sell ni kenalah banyak puji customer sikit.. Sebagai contoh,
“Kalau akak pakai dengan lipstick sekali, mesti kawan2 kat tempat kerja puji, suami pandang pun tak berkelip2”
Rasa rasa cik akak tadi tu terpesona tak? Hehe
Tapi, penting sekali bila kita nak up sell dan cross sell customer, kita mesti tahu masalah dia dulu.. Baru lah mudah nak up sell dan cross sell 
Akhir kata, dalam bisnes kita perlu utilize sepenuhnya marketing tool yang ada terutamanya yang tidak langsung melibatkan sebarang kos! Barulah boleh cut sikit marketing expenses anda.. So, jom kita utilize kan segala platform yang ada okay?

#Nurraysa

#Produkmesrawuduk

5 RAHSIA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DAN KUSAM DALAM SATU MINGGU

Bibir hitam dan kusam?? Stressnya..! Malu nak berhadapan dengan orang kan.. Walhal nak kata kita ni merokok, memang tak lah! Sepertimana artikel yang lepas, yang mana admin telah tekankan antara sebab bibir kita jadi gelap dan kusam adalah disebabkan pengambilan kafein secara berlebihan, terlalu exposed kepada sinaran matahari serta penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang tertentu telah mengakibatkan bibir kita menjadi hitam!

So, admin nak share lagi tips yang mana uolls boleh amalkan beberapa petua untuk memerahkan semula bibir mungil uolls ya! Jom jom kita study sikit 

😉

#1 CAMPURAN LEMON DAN MADU
Seperti yang kita sedia maklum manfaat lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit kita. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan! So, campuran kedua bahan ni juga mampu untuk membuatkan bibir uolls lebih mengancam.. So, jom follow step dekat bawah ni ya:
Ambilkan 1/2 sudu jus lemon dan kemudian tambahkan madu secukupnya! Jangan sampai sebotol pulak tau.. Dan kemudian boleh gaulkan campuran tersebut dengan gliserin.. Haa, sudah.. Mana pula nak cari gliserin ni kan? So, uolls boleh gantikan gliserin dengan gula kasar okay! Then, uolls boleh gaulkan sehingga sekata dan terus boleh oleskan pada bibir mungil uolls tu! Biarkan selama semalaman untuk kesan yang lebih wow



#2 MANJAKAN BIBIR DENGAN BERUS GIGI
Siapa pernah gosok bibir?? Selalu gosok gigi dengan lidah je kan.. Haa, selain daripada menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh dijadikan sebagai skrub untuk bibir kita. Proses ini dapat membuang sel-sel mati pada bibir kita sebenarnya malah dapat menggalakkan lagi pembinaan kolagen! Haa, baru lah bibir uolls lebih muda remaja gituuu 
So, sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit ubat gigi pada bibir uolls dan gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir uolls! Lakukan dalam 3-4 minit dan kemudiannya boleh terus dibilas ya!

#3 GULA PASIR
Siapa tahu sebenarnya gula pasir merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran?? Cuba angkat tangan sikit??
So, lepasni uolls boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula pasir ya! Senang je tau, uolls boleh campurkan gula kasar dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang dah berada di pasaran sekarang.. Jom buat mengikut sukatan dekat bawah ni ya!
1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
2ml jeli petroleum (‘vaseline’) Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam.
So, boleh campurkan bahan bahan tersebut mengikut sukatan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit dan apabila kering boleh terus dibilas ya!

#4 ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR
Jom kita buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah! Buah-buahan ini sebenarnya bukan saja dapat memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir uolls yang mungil tu..hee
Okay, senang je! Uolls just lenyek atau kisarkan bahan-bahan tersebut dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir dan boleh dbilaskannya apabila ia dah mengering. Uolls boleh sekerap mungkin atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Untuk bibir tampil lebih mungil dan kemerah merahan, uolls just boleh gunakan minyak zaitun je..So, uolls boleh sapukan minyak zaitun pada bibir uolls dan sapukan secara perlahan ya.. Untuk hasil yang maksimum, uolls boleh jadikan sebagai rutin setiap hari sebelum tidur. Senang kan??
Haa, senang ke senang sangat?? Semua bahan bahan ni kita boleh ambil dekat dapur je! Buka je peti sejuk tu, macam macam boleh buat kan? Kalau susah susah sangat, sibuk jaga anak anak sampai takde masa nak buat semua ni, apa kata uolls guna je Magic Lipstick dari Nurraysa! Jimat masa, sekali calit je dah nampak merah merah gitu! 
Untuk pengetahuan uolls, sambil sambil nak merahkan bibir ia juga dapat merawat masalah bibir uolls tau.. Kalau bibir uolls kering lepastu cuping cuping pulak, sesuai sangat pakai Magic Lipstick dengan formula terbaru Marula Oil yang mana ia dapat melembapkan bibir uolls sepanjang hari tau! Yang paling penting terbukti TANPA PLUMBUM yang mana ia tidak akan menghitamkan bibir gebu gebas uolls tu  Pastikan check dulu kandungan dalam kosmestik sebelum uolls apply apa apa dekat bibir uolls ya!
 
 

3 SEBAB KENAPA PERLU BUAT MARKETING

Marketing atau pemasaran merupakan tunjang kepada sesebuah bisnes bagi memastikan bisnes terus berkembang yang mana ia adalah satu langkah untuk memperkenalkan produk atau servis untuk dikenali dengan lebih ramai serta lebih fokus kepada prospek tertentu yang disasarkan. Jadi berikut adalah sebab mengapa pentingnya marketing kepada sesebuah bisnes.. Jom kita study sikit!


#1 MARKETING ADALAH NYAWA PERNIAGAAN KITA

Marketing adalah nyawa kepada perniagaan kita yang mana tanpa marketing matilah bisnes kita! Tanpa marketing macamana prospek kita nak kenal produk kita kan? Dah kalau orang tak kenal macamana orang nak beli produk kita?Marketing yang mana kita wajib kena buat setiap hari, non stop! Kena sentiasa konsisten gituu.. Janganlah harini kita buat tapi esok lusa kita dah malas nak buat.. Kena sentiasa konsisten untuk kekalkan momentum bisnes kita..

Sebagai contoh, Coca Cola walaupun dah cecah 100 tahun di pasaran tapi masih lagi buat marketing sehingga sekarang , begitu juga lah dengan kita yang mana marketing kena konsisten buat setiap hari. Antara platform yang kita boleh gunakan antaranya adalah menggunakan social media yang kita gunakan setiap hari Facebook Personal, WhatsApp, Instagram, Telegram dan sebagainya! Mudah kan? Sambil sambil scroll gossip makcik makcik bawang tu boleh lah promote sekali..


#2 MANUSIA ADA BANYAK PILIHAN

Apa kaitan marketing dengan manusia ada banyak pilihan ni? Macam kita sendiri lah bila bab nak pilih barang sebagai contohnya bila nak beli smartphone baru. Mesti confius nak pilih mana satu sebab dah berlambak lambak brand smartphone dekat pasaran yang menawarkan pelbagai specification mengikut trend terkini serta kehendak pelanggan.

Dekat sini, marketing memainkan peranan penting yang mana kita perlu tarik perhatian prospek kita untuk kenapa perlu memilih brand kita berbanding brand lain? Sebab apa kenapa kita kena buat macamtu? Sebab bila kita tak buat iklan atau sebarang marketing, prospek kita tadi dia ada banyak pilihan lain untuk pilih produk atau brand lain.

TAPI kalau brand kita sentiasa berada di mata prospek/pelanggan, dia dah tak nampak pilihan lain lagi jadi disitu “MARKETING” memainkan peranan penting yang mana marketing perlu buat orang trustdengan brand yang kita bawa.

#3 BANTU KEMBANGKAN BISNES DENGAN PANTAS

Bagaimana nak bantu kembangkan bisnes dengan pantas? Senang je, dengan buat marketing secara konsisten, bisnes akan cepat berkembang dengan pantas. Percaya atau tidak, formula “konsisten”ini bakal membuatkan lebih ramai orang tahu tentang produk yang kita pasarkan. Malah, orang akan stay dengan brand kita bila brand kita melekat difikiran mereka. Dan dari situ lah, muncullah kelompok dari pengguna boleh bertukar menjadi Dropship dan seterusnya dari Dropship berubah untuk menjadi salah seorang Agent kita. Formula ini bakal membuatkan kita dapat grow bisnes kita dengan lebih jauh lagi.

Pendek kata, marketing is number one dalam bisnes. Tak buat marketing, siapa nak beli.? Dah buat marketing, kena buat orang trust.  Bila orang dah trust, buat orang beli dan bila orang membeli, buat dia membeli berkali-kali! Faham ke faham? Haa, apa kata ringan ringankan lah jari jemari anda semua untuk share perkongsian kali ini kepada rakan rakan anda diluar sana! Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua.

4 LANGKAH DOUBLE CLEANSING

Kaedah ini disarankan untuk dilakukan pada waktu malam hari terutamanya pada yang bekerja pada siang hari yang mana kaedah ini digunakan untuk cuci sebersihnya mekap, sunscreen serta segala kekotoran yang melekat termasuk asap, debu dan peluh yang melekat pada wajah ketika kita bekerja!

Jom ikut 4 langkah mudah seperti yang berikut:


#1 Pakai oil based cleanser atau make-up remover
Letakkan sedikit oil based cleanser/make-up remover tadi di telapak tangan anda dan mula urutkan di seluruh kulit muka dalam urutan bulatan kecil. Urut dalam tempoh masa seminit macam tu.
.
Sebaiknya untuk gunakan Fast Clean Eye Make-Up Remover yang merupakan free oil based yang sesuai untuk kawasan mata yang sensitif sehingga memerlukan makeup remover dengan bahan yang lebih ringan dan lembut berbanding kawasan wajah yang lain.



#2 Bilas wajah
Bilaskan dengan lembut, seeloknya dengan tuala basah yang tak kasar sangat. Pastikan just dap dap je dan biarkan dalam keadaan lembap ya! Jangan lap sehingga pulak tau


#3 Cleanser
Pakai cleanser yang uolls guna dan letakkan sedikit di telapak tangan dan sapukan ke kulit muka yang masih lembap tadi. Kemudian urutkan juga dalam urutan bulatan kecil selama 30 saat.


#4 Bilas wajah sekali lagi
Bilas cleanser tadi dengan air bersih dan keringkan kulit muka anda dengan tuala kering. Dah siap!
Sebenarnya ada kebaikan serta juga kekurangan jika kita terlebih double cleansing wajah kita ni, so sebelum lakukan kaedah “DOUBLE CLEANSING” make sure dapatkan nasihat daripada pakar kulit serta untuk uolls yang mengalami masalah kulit wajah yang sensiti dinasihatkan check terlebih dahulu kandungan dalam oil cleansing serta make-up remover tersebut bebas daripada bahan seperti alkohol, paraben serta fragances.

#Nurraysa

#Produkmesrawuduk

MAHUKAN MEKAP TAHAN LAMA DAN TAK BERCAPUK? STEP NO 4 PALING PENTING…!

Wanita dan mekap tak dapat dipisahkan! Sifat wanita yang ingin kelihatan cantik memang tidak dapat dinafikan lagi namun keadaan wajah yang berminyak dan mudah berpeluh menyebabkan mekap kita tidak tahan lama dan bercapuk!

Sampai kena berkali kali touch up untuk pastikan mekap tak cair dek peluh! Jadi, pada kali ini admin kongsikan antara tips step by step untuk pastikan mekap uolls tahan lama dan tak bercapuk.. Jom kita start!


#1 SERUM
Serum antara perkara paling penting sekali sebelum kita bermekap kerana ia berfungsi untuk melindungi kulit wajah kita serta bagi mengelakkan liang pori pori kita daripada tersumbat! Uolls boleh pilih serum yang bersesuaian dengan kondisi kulit wajah uolls ya..
Admin sarankan kepada uolls untuk cuba Treatment Serum dari Nurraysa yang mana ia bukan sahaja dapat membantu mengecilkan pori, malah dapat mengecutkan jerawat serta dapat melembapkan kulit wajah uolls tau..best kan?


#2 MOISTURIZER
Ahaa, sangat penting untuk pastikan kulit wajah kita ni kekal lembap sentiasa walaupun uolls tak bermekap sekalipun okay? Barulah wajah kita ni tak nampak kering serta kusam terutamanyaketika kita pakai bermekap.
Untuk moisturizer, uolls boleh cuba Argan Whitening Moisturizer daripada Nurraysa yang mana ia dapat melembapkan kulit wajah kita dan dapat memudarkan parut jerawat serta mencerahkan kulit wajah uolls sekaligus! Package gituu..!


#3 PRIMER
Ramai yang selalu terlepas pandang bab pemakaian primer ni kan? Primer sebenarnya bertindak sebagai ‘secret weapon’ untuk menjadikan mekap uolls tahan seharian.
Ia bukan sahaja dapat melembapkan kulit, malah dapat menjadikan muka korang licin, menutup parut dan kedutan serta menyamaratakan tona kulit muka.
Ada banyak jenis primer, so uolls boleh pilih samaada clear, tinted dan berwarna. Kalau uolls pilih yang berwarna, pilih warna yang bersesuai dengan tona kulit uolls ya.


#4 FOUNDATION
Yang ni paling KRITIKAL! Ramai tersalah pilih jenis foundation samaada nak pakai jenis liquid ke ataupun yang cream? Ada yang lagi parah, tersalah pilih kod warna yang bersesuaian dengan tona warna kulit sehingga boleh membuatkan nampak kelabu asap dan seterusnya bercapuk!
Untuk uolls yang jenis muka cepat berpeluh dan jenis kulit muka berminyak boleh cuba Glowing DD Moist Cake yang mana makin uolls berpeluh makin glowing tau.. Hairan kan? Paling best, tak bercapuk pun! Just dap dap je dah siap..


#5 CONCEALER
Kita sangat perlukan concealer untuk menutup segala parut serta dark circle bawah mata sebab tak semua foundation full coverage. Tapi just conceal dekat tempat yang diperlukan sahaja tau..!
Kalau uolls jenis tak sempat nak bermekap dan tergesa gesa nak pergi kerja, apa kata uolls cuba Glowing DD Moist Cake dari Nurraysa yang mana ia berfungsi sebagai foundation, concealer dan juga powder. .Senang kan?


#6 LOOSE POWDER
Haa, kenapa loose powder dan bukan compact powder ya? Sebabnya tesktur loose powder lebih halus dan senang nak blend berbanding kalau kita apply compact powder..
Pakai pada tempat berminyak dan berkilat seperti di T-zone pun dah memadai untuk elakkan wajah kita bercapuk bila berpeluh!
Nak hasil lebih memukau dan lebih flawless, boleh apply Flawless Mineral Loose Powder setelah pakai Glowing DD Moist Cake okay! Ia membantu menyerap minyak dekat wajah uolls serta dapat menutup cela dan liang pori pori uolls tau


#7 MAKE-UP SPRAY
Akhir sekali, kita apply make-up spray untuk wajah lebih glowing dan mekap tahan lebih lama! Automatik, ia akan “lock” mekap kita lebih cantik gitu..!
Admin harap perkongsian pada kali ini berguna untuk uolls semuaya! Baru lah makeup uolls tahan lama dan tak bercapuk. Selamat beramal ya!
.
Eh eh, sebelum tu buat uolls jenis yang tak sempat nak bermekap terutama ibu ibu yang bekerja yang sibuk nak hantar anak lagi nak masuk kerja lagi, uolls boleh cuba Glowing DD Moist Cake dari Nurraysa yang mana ia 3 in 1(Foundation+Concealer+Powder). Walaupun uolls jenis cepat berpeluh sekalipun, mekap uolls takkan bercapuk.. Makin berpeluh makin glowing! Dah siap cover dengan SPF 50++ lagi!Best kan?

JOM DAPATKAN SEGERA PRODUK LARIS INI DI NURRAYSA #SAFEEYARICHTEAM ATAU JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP NO 0193634623 ..

#Nurraysa

#Produkmesrawuduk

5 PETUA SEMULAJADI LICINKAN KULIT WAJAH

#1 TOMATO

Ahaa, tomato ni bukan boleh makan je tau! Nak guna untuk licinkan kulit wajah pun boleh !  Macam kita tahu laa tomato ni memang sudah terkenal dengan amalan penjagaan kulit sejak dari dahulu lagi dan memang terbukti, kulit akan kekal mulus jika uolls selalu mengamalkannya.

Caranya :

Kisar beberapa biji tomato sehingga menajdi pes kemudian tekap pada muka atau bahagian kulit yang tidak sekata selama 10 minit. Lakukan setiap hari untuk mendapat kulit licin dan sekata

#2 LEMON

Antara khasiat didalam lemon adalah enzim di dalam jus lemon dapat membuang sel-sel mati di kulit uolls dan secara tak langsung dapat membantu mengurangkan parut malah mampu melembutkan serta melicinkan kulit uolls. Kalau uolls jenis oily skin atau mengalami masalah kulit berminyak so sangat sangat sesuai tau

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut atau pada kulit yang tidak sekata. Kemudian uolls biarkan selama 10 minit dan bilas. Boleh dilakukan setiap hari

Kemudian , cara yang kedua anda boleh campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul sehingga sebati dan sapu pada muka. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan sekali atau 2 kali seminggu

#3 MADU

Madu sebenarnya mempunyai mineral, vitamin dan juga antioksidan yang tinggi yang membantu melicinkan kulit wajah uolls. Campurkan madu bersama putih telur dan pukul sehingga ia menjadi masker, dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 minit dan bilas seperti biasa.

Cara kedua, uolls boleh campurkan satu sudu besar madu dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan seluruh muka dan bairkan kering. Kemudian, basuh muka dengan air suam. Amalkan 2kali seminggu ya!

#4 SERBUK TEH

Minuman teh terkenal kerana manfaatnya kepada kesihatan seperti melancarkan peredaran darah, menyegarkan badan, dan membuang toksik.Kebiasaannya orang kita ni selepas meminum teh, kita akan terus membuang uncang teh tersebut.

Nanti dulu! Jangan buang lagi tau!! Jom kita guna untuk scrub tau

Caranya :

Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan pada muka. Biarkan selama 3 minit, selepas itu cuci muka dengan air suam

#5 Beras pulut

Amino Asid dan Vitamin yang terkandung dalam beras pulut sebenarnya menjadikan ia sebagai agen pencerahan terbaik untuk kulit. Sememangny ia mampu mencerahkan kulit baik diamalkan secara memakannya atau menggunakan beras sebagai masker dan skrub tau!

Caranya :

Kisarkan sedikit beras pulut sehingga menjadi serbuk. Tambah sedikit air dan sapukan ke seluruh bahagian muka dan biarkan semalaman. Keesokannya, cuci dengan air suam dan amalkan seminggu sekali ya

#Nurraysa

#Produkmesrawuduk

3 TIPS ATASI BIBIR KERING SEMASA PAKAI LIPMATTE

#1 SKRUB BIBIR
sangat bagus untuk menanggalkan kulit mati di bahagian bibir serta melicinkan kulit bibir oulls
.
Jadi, bila kita pakai lipmatte baru lah takdelah kesan berkerak ataupun mengelupas!
.
#2 LIP PRIMER
Bertindak untuk mengekalkan hidrasi lebih lama serta ia juga dapat mengelakkan daripada warna lipmatte bercapuk!
.
#3 PEMILIHAN LIPMATTE YANG BERSESUAIAN
Terdapat pelbagai jenis formula yang dihasilkan untuk lipmatte! Sebagai contoh Exclusive Velvet Lipmatte dengan formula Organic Marula Oil dapat memelihara bibir serta dapat mengekalkan rasa “moist” sepanjang hari!