“BETUL KE NURRAYSA BUAT PROMO DAFTAR EJEN RM99? BUKAN RM400 KE?!”

Betul lah sis takkan lah main-main pulak

Wahh bestnyaaa daftar ejen hanya RM99 jer!
Tapi okay ke buat bisnes Nurraysa ni? Boleh pergi jauh ke?

Sis, kalau buat tindakan sekarang, memang cepat dapat hasil & In shaa Allah boleh pergi lebih jauh

Memang best jadi Ejen Nurraysa sebab HQ sediakan:

✅ Reward Emas kalau dapat capai target

✅ Produk senang jual, banyak testimoni terbukti berkesan

✅ Setiap hari dibekalkan bahan promosi dan ayat untuk posting. Tinggal copy & paste je

✅ Setiap hari ada kelas online di FB Group Support. PERCUMA je. Dok rumah sambil jaga anak, buat duit dan belajar ilmu bisnes

✅ Kalau kurang jelas kelas online, kami sediakan kelas offline supaya cepat faham

✅ Dapat ilmu direct dari Founder & team trainer terlatih dari HQ

✅ Ilmu marketing yang diajar adalah ilmu yang latest, boleh buat duit dengan cepat dari Founder

✅ Produk dapat kelulusan KKM & Sijil Halal dari JAKIM

✅ 167 Billboard Nurraysa di seluruh Semenanjung Malaysia

✅ Masuk surat khabar Harian Metro, Utusan Malaysia

✅ Masuk Wanita Hari Ini TV3, Assalamualaikum TV Al-Hijrah, BFRenz TV Al-Hijrah, Astro OASIS

✅ Dapat pengiktirafan dari Selangor Excellence Business Awards, Azizan Osman Titan Awards, The BrandLaureate Halal World BestBrand & Asia Pasific TOP Excellence Brand

Kami dah bantu lebih 8,000 usahawan terutamanya surirumah yang dah buat sales dari kosong hingga ke RMXXX,XXX!

Kami dah lahirkan 13 orang JUTAWAN dan kebanyakkannya mereka adalah SURIRUMAH!

WOW!

Kalau macam tu, macam mana nak daftar?

Senang sangat, jom sertai #safeeyarichteam dengan  klik link berikut  www.wasap.my/60193634623

Tips Muka Glowing dan Flawless dengan 5 Bahan Sahaja

Siapa nak muka yang cantik dan gebu gebas macam retis korea?? Mestilah nak kan..Kalau tengok kulit retis retis korea tu.. Mak aii, muka glowing glowing gituu..Dah la flawless pulak tu! Geram kan??

.

Haa, meh admin nak share tips penjagaan kulit wajah dekat muka uolls semua untuk tampil lebih glowing dan flawless hanya menggunakan bahan bahan dekat dapur je! Hihi

#1 Minum Air Putih Dengan Secukupnya

Air putih atau air masak dalah perkara paling asas dan memang sangat untuk penjagaan wajah. Dalam tubuh badan kita sebenarnya sangat memerlukan air putih serta bersih untuk menggantikan sel sel yang mati didalam badan kita tau!

.

Sehari sekurang kurangnya amalkan minum air dalam dua liter sehari sahaja ya. Dengan pengambilan air yang mencukupi, ia dapat membuatkan kulit kita lebih lembap serta cerah secara semulajadi! Haa, satu lagi untuk pengambilan air putih setiap hari perlu mengikut berat badan uolls ya! Untuk setiap berat badan 25kg, perlu minum 1 liter air tau.. So, untuk 2 liter sehari sesuai untuk berat badan uolls yang 50kg.. Kalau yang lebih daripada 50kg tu faham faham laaa yek! Hehe

#2 Air beras

Haa, air beras?? Ya awak awak semua.. Air beras yang selalu uolls curah masa basuh beras tuu.. Sayang tau sebab sebenarnya air beras ini banyak khasiat untuk kecantikan kulit wajah kita sebenarnya..

.

Sebenarnya air bilasan beras dikatakan mampu menghaluskan dan dalam masa yang sama dapat memutihkan kulit kita jika kita amalkan konsisten setiap hari ya.. So, uolls ambil air bilasan beras yang uolls kumpul tuu dan usapkan ke kulit wajah uolls secara perlahan selama enam minit ya.. Kemudian jangan lupa basuh pulak tau!

#3 Beras pulut

Untuk tips nampak kulit wajah glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak ya.. Goreng sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan.

.

Kemudian boleh tumbuk beras pulut tersebut sehingga ia berbentuk serbuk seperti serbuk bedak ya. So, uolls boleh ambil serbuk beras pulut tadi dan sapukan pada wajah dan biarkan ia kering untuk seketika ya.. Haa, macam biasa jangan lupa basuh tau! Kang habis merenyam kulit muka uolls tu.

#4 Yogurt asli

Yogurt bukan untuk uolls makan je tauu! Ia sebenarnya boleh mencerahkan kulit wajah.. Best kan? So, nak glowing dan flawless menggunakan yogurt ni uolls ambil yogurt yang dalam peti ais uolls tu dan lumurkan pada wajah dan juga leher uolls tuu..

.

Biarkan ia kering dan kemudian boleh bilas dengan air bersih ya.. Boleh diamalkan dalam tiga kali seminggu ya

#5 Jus lemon

Bagaimana jus lemon dapat membuatkan kulit wajah uolls tampil lebih glowing dan flawless?? Ia sebenarnya mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.

.

So, uolls boleh ambil perahan jus lemon dan campurkan bersama satu cawan air yaa.. Kemudian ambil cotton bud dan sapukan larutan jus lemon pada kulit wajah uolls tau! Buat macam kita pakai toner gituuu.. Make sure jangan satu atau dua kali seminggu sahaja ya..

SEKALI kenal, boleh JATUH CINTA BERKALI-KALI..🥰🥰

Bermula pada hari iniiii

Apa yg lebih MEYAKINKAN kita adalah bila kita jatuh cinta pada makeup yang HALAL,SELAMAT dan MESRA WUDUK.
.
Itulah yang sentiasa menjadi KEUTAMAAN KAMI. 
.
Dan secara RASMINYA, NURRAYSA mengadakan PROMOSI SEMPENA KEMPEN MEKAP MESRA WUDUK bermula 21/06/2019-07/07/2019.
.
CUCI2 MATA dulu dan kalau dah berkenan, jangan TUNGGU!😉😉

atau anda boleh terus sahaja klik link whatsapp di bawah yaa

http://www.wasap.my/601159823693/KempenMesraWuduk

Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik

Penyakit gastrik merupakan satu penyakit yang sangat mudah menyerang mereka yang tidak jaga waktu makan atau tersalah makanan suatu jenis makanan. Gastrik ini akan menyerang tak kira usia atau jantina sama ada lelaki mahupun perempuan. Jika penyakit ini menyerang memang seksa juga lah untuk menahan sakit.

Namun, masih ramai yang menganggap ia nya satu penyakit yang tidak serius dan ambil remeh mengenainya. So, untuk anda yang belum atau pun sudah mengalami penyakit ini jom kita take note sedikit info berkaitan penyakit ini dalam infografik di bawah ni supaya kita boleh elak & atasi penyakit ini daripada terus menjadi lebih teruk.

Sumber: Instagram @kementeriankesihatanmalaysia

Semoga berguna dan bermanfaat untuk anda semua !

Petua Mudah Menghilangkan Blackhead

Blackhead adalah salah satu masalah yang mana boleh membuatkan seseorang itu kerisauan kerana adanya bintik-bintik hitam yang muncul pada hidung dan sekitar kawasan pipi. Ramai yang cuba untuk hilangkannya dengan memicit kawasan balckhead dan juga ada yang gunakan memakai masker. Tetapi kaedah seperti itu kadang menyakitkan sehingga membuatkan kulit menggelupas.

Jadi, untuk info semua di sini admin kongsikan satu petua mudah yang ramai orang tidak tahu tentang keberkesanannya iaitu dengan menggunakan campuran serbuk buah pala dan juga susu. Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu membantu dalam menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.

Nak tahu petuanya? Jom kita tengok langkah di bawah ini ;

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu besar serbuk buah pala
  • 2-3 sudu besar susu
  • Mangkuk kecil
  • Sudu atau garfu

Cara membuatnya:

  • Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.
  • Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.
  • Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.
  • Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.
  • Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.

Mudah sangatkan? Hanya dengan menggunakan dua bahan sudah mampu menghilangkan blackhead anda. Selamat mencuba !

JOM KURUS DI MUSIM PERAYAAN

haaa sempena musim perayaan niii mesti ramai yang nak kurus cantik kan walaupun dah makan banyak juadah hari raya.. jangan risau uolssss,, badan uolss akan kekal ramping dan slim walaupun makan banyak musim perayaan niii.. nak tahu apa rahsianyaa??? jommm kita tengokkk

MIRACLE SLIM CHOCO

Minuman paling berkhasiat untuk cuci usus dan maintain ramping pinggang kerengga

Bahan – bahan:
 -Malt
-Oat
 -Coco
 -Ayuveda
 -Green Tea
 -Garcinia Cambodia
 -Maltos
 -Seana Leaves
-Krimer

Pra Tempahan Exclusive Glowing Foundation Cream Nurraysa dibuka

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadan buat semua peminat dan pelanggan Nurraysa Beauty.

Alhamdulillah, Nurraysa kembali lagi dengan produk terbaru iaitu Exclusive Glowing Foundation Cream Nurraysa.

Kelebihan Foundation Cream Nurraysa

✅ SPF 35

✅ Coverage tinggi

✅ Tahan lama

✅ Effect glowing

✅ Tanpa silikon – mudah dicuci mudah ditanggalkan

✅ Mesra wuduk & mesra solat

✅ Tekstur yang sangat ringan, halus dan mudah diratakan

✅ Tak bercapuk , makin berpeluh makin glowing

✅ Menutup garis-garis halus, kekedutan , parut dan cela.

✅ Tidak berminyak dan tidak melekit, sesuai untuk kulit.

✅ Non-comedogenic , tidak membuatkan liang pori tersumbat dan memberi ruang kulit bernafas.

✅ Penggunaan foundation ni membuat kan kulit muka kelihatan glowing dan berseri-seri sepanjang hari.

✅ Penggunaan foundation membantu melindungi dan membantu masalah kulit agar kulit muka kelihatan gebu, lembut dan berseri-seri sepanjang hari dengan bahan seperti Vitamin E, Olive Oil, minyak jojoba.

✅ Melembabkan kulit wajah dan anti penuaan kerana mengandungi Vitamin E.

2 Pilihan tona warna iaitu Creamy dan Natural.

HARGA PRA PELANCARAN :

Harga Promosi PRE LAUNCH (hingga 25 Mei sahaja ):
1 unit RM29.90 SM / RM32.90 SS
2 unit RM55 SM / RM60 SS + FREE GIFT 1 Liptint (selagi stok ada)

Jadi, anda nak foundation yang ada effect GLOWING & FULL COVERAGE?

Paling penting mekap still ON POINT dan takkan crack tau! Nak blend pun mudah sangat

Boleh tempah sekarang. Produk akan dipos sebaik sahaja stok tiba.

P/S : Saje nak kabor, kalu uolls grab harga pre order RM29.90 je tau! Beli dua just RM55 SAHAJA  JIMAT HABIS 

(HARGA LAUNCH : RM35)


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1440 H


TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN 1440H

1: MOHONLAH KEAMPUNAN

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya: “Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]

2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia,

Rasulullah SAW terutamanya  setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat; “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56] Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]

3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat.

Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita. selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini…

Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dan istiqamah dalam beramal demi mencapai keredhaan-Nya. Ameen…


Sales Ramadan dan Aidilfitri Nurraysa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang penuh berkat dan ganjaran pahala yang berganda.

Semoga kita dapat mencapai darjat takwa dan menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

Justeru, sempena Ramadan ini, Nurraysa kembali dengan promosi hebat dengan set kombo dan pembelian dengan pembelian.

Rebut promosi Ramadan ini dan kekal cantik menawan sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Semoga promosi hebat ini membantu anda lebih jimat berganda.

Salam Ramadan daripada kami di Nurraysa Beauty Cosmestic.

3 Perkara Yang Mesti Ada Untuk Perniagaan Berjaya

Ramai peniaga-peniaga atau usahawan yang tak sedar sebenarnya untuk berjaya bukan hanya focus kepada cara marketing, cara pengurusan, jualan sahaja tapi ada perkara yang utamanya yang perlu anda lakukan untuk dapatkan kejayaan sekaligus membuatkan perniagaan anda menjadi berkat.

Hari ni admin share kan 3 perkara utama yang mesti ada untuk sesebuah perniagaan itu berjaya. Perkara ini sangatlah membantu. Tengoklah hasilnya melalui founder kami sendiri, Puan Nur Aini Zolkepeli.

Nak tahu apa dia ? Jom kita take note di bawah ni ;



1) TUNAI SOLAT  5 WAKTU
Orang yang berjaya itu adalah mereka yang memelihara solatnya. Percayalah, dengan solat anda akan berasa tenang dan semua urusan anda akan dipermudahkan oleh-Nya. Ketenangan yang kita dapat itu nanti akan lebih bernilai dari wang satu juta dalam simpanan anda. Kehidupan anda juga akan lebih berkat. Bukankah solat itu tiang agama? Dalam seruan azan juga memperdengarkan bahawa jika kita mahu berjaya, kita perlu solat.
Jika tidak solat ibarat seperti anda bekerja tetapi tidak dapat gaji. Semuanya sia-sia sahaja.



2) TUNAIKAN SOLAT DHUHA
Ya, solat Dhuha juga sangat penting dalam menyumbang kepada kejayaan perniagaan anda. Dengan solat Dhuha pintu rezeki akan terbuka dengan lebih luas lagi. Jangan letakkan alasan tiada masa untuk Dhuha walhal anda ada masa untuk membuat urusan lain. Jadi, disarankan bagi mereka yang ingin perniagaannya berjaya amalkan lah solat Dhuha setiap hari. InsyaAllah, rezeki nya senang diperolehi. Rezekinya didapati akan datang dari punca dan datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

3) BERBUAT BAIK PADA IBU BAPA
Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan perintah Allah. Jadi, untuk berjaya, buatlah kebaikan kepada ibu bapa anda. Jangan abaikan kebajikan mereka kita takut kelak akan memberikan kesan negatif dalam kehidupan anda sendiri. Kadang dalam kita berjaya sebenarnya adalah hasil daripada doa-doa daripada kedua ibu bapa kita juga.